Expired : 18.06.18

Giliran Zverev malukan Federer

ROGER Federer dikenakan penalti ketika dia senasib dengan Novak Djokovic yang tersingkir pada suku akhir Masters Shanghai apabila tewas di tangan Alexander Zverev sebentar tadi.


Pemain Jerman berusia 22 tahun itu menang 6-3, 6-7 (7/9), 6-3 dalam perlawanan yang menyaksikan legenda Switzerland dikenakan penalti selepas melepaskan kemarahan dengan dua kali memukul bola keluar gelanggang.


Pemain ranking keenam, Zverev bakal berdepan pemain Austria, Dominic Thiem atau Matteo Berrettini dari Itali dalam aksi separuh akhir esok.


Juara Grand Slam 20 kali, Federer menyelamatkan lima mata akhir untuk memaksa set penentuan tetapi kemudiannya terbabit pertelingkahan dengan pengadil.


Pemain berusia 38 tahun itu gagal menahan kemarahan ketika pemain generasi baharu mencuri tumpuan di atas gelanggang di Shanghai.


Dalam perlawanan sebelum itu, Stefanos Tsitsipas yang berusia 21 tahun mengejutkan pemain nombor satu dunia, Djokovic, 3-6, 7-5, 6-3 dan akan menentang seorang lagi pemain muda dari Rusia berusia 23 tahun, Daniil Medvedev dalam aksi separuh akhir esok.


Norlida Ishak Shop