Expired : 18.06.18

Gionee Bakal Menggulung Tikar Kerana Masalah Judi Pemilik

Malaysia ialah negara yang terbuka kepada import masuk peranti pengeluar China. Malahan boleh dikatakan pasaran peranti Malaysia dikuasai pengeluar seperti Xiaomi, Huawei, Honor, Oppo dan Vivo. Satu jenama yang tidak pernah dipasarkan secara rasmi di Malaysia ialah Gionee. Syarikat dari China ini kini mungkin menggulung tikar kerana gagal membayar hutang.


Menurut laporan Beijing Youth Daily, Gionee kini berhutang RMB 17 billion (~RM 10.2 bilion) kepada pembekal-pembekal komponen utama. Kegagalan mereka membayar hutang dipercayai adalah kerana tabiat berjudi pengerusi mereka Liu Lirong yang diuar kawalan.


Beliau baru-baru ini dipercayai kalah sebanyak RMB 10 bilion (~RM 6 bilion) di sebuah kasino di Saipan. Bagi menyelesaikan masalah hutang ini, 20 pembekal memfailkan permohonan supaya Gionee menggulung tikar di mahkamah Shenzen 20 November lalu.


Norlida Ishak Shop