Expired : 18.06.18

Gnanaraja ditahan semula kes ubah wang haram


PUTRAJAYA, 1 Syaaban 1440H, Ahad – Ahli perniagaan, G Gnanaraja akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok bagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, pendakwaan itu dibuat selepas pihaknya menerima izin daripada Pejabat Peguam Negara.

Susulan itu, individu terbabit ditahan pada jam 11.40 pagi tadi di ibu pejabat SPRM di sini.

SPRM berkata, Gnanaraja akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pada 3 April lalu, ahli perniagaan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menipu seorang individu membabitkan wang berjumlah RM19 juta berkaitan siasatan projek meja terowong dasar laut di Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan pengarah urusan sebuah syarikat membabitkan wang keseluruhan berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan yang dilakukan SPRM ke atas individu itu mengikut AMLATFPUAA 2001.


The post Gnanaraja ditahan semula kes ubah wang haram appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop