Expired : 18.06.18

Go-Jek Bakal Mengembangkan Perkhidmatan Seru-Pandu Mereka Ke Seluruh Singapura

Selepas mengumumkan bahawa mereka akan mengembangkan perkhidmatan mereka ke Singapura, Go-Jek, syarikat perkhidmatan seru-pandu daripada Indonesia telah memulakan perkhidmatan mereka secara terhad di beberapa kawasan di negara tersebut.


Kini, Go-Jek nampaknya sudah bersedia untuk mengembangkan perkhidmatan mereka ke seluruh Singapura selepas fasa ujian yang nampaknya agak memberangsangkan.


Sewaktu fasa ujian tersebut, para pelanggan DBS dan POSB diberi keutamaan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Go-Jek juga telah memperkenalkan harga dinamik, dimana harga tambang berubah bergantung kepada waktu permintaan tinggi ataupun rendah.


Go-Jek juga berkata bahawa permintaan untuk menjadi pemandu Go-Jek sangat tinggi. Apabila pra-daftar untuk pemandu dibuka, mereka berkata bahawa terdapat berpuluh-ribu orang yang mendaftar untuk menjadi pemandu mereka.


Walaupun Go-Jek akan mengembangkan perkhidmatan mereka ke seluruh Singapura, mereka masih akan beroperasi di dalam fasa beta dimana mereka masih akan menguji pasaran dan ciri-ciri berbeza sebelum mengumumkan pembukaan perkhidmatan seru-pandu mereka secara penuh.


Norlida Ishak Shop