Expired : 18.06.18

Gobind Singh Deo – Pelan Untuk Memperkasakan Internet Luar Bandar Akan Bermula Pada 2020

Kebelakangan ini, banyak telah diperkatakan mengenai ujian-ujian 5G yang sedang dijalankan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan. Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa pelan untuk pengembangan liputan 3G, 4G dan gentian optik di kawasan luar bandar akan bermula pada tahun hadapan.


Melalui Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), beliau menyenaraikan beberapa projek dimana rangkaian telekomunikasi dan sambungan gentian optik ini akan mula dibangunkan sepanjang tahun hadapan.


Pertama, menara-menara komunikasi baru akan dibina di 153 lokasi di seluruh negara untuk memastikan bahawa liputan 3G dan 4G dapat dinikmati secara menyeluruh tidak kira jika anda berada didalam ataupun di luar bandar. Disamping itu, terdapat juga pelan untuk membina menara di 500 lokasi tambahan di seluruh negara juga.


Kedua ialah penyambungan rangkaian gentian optik kepada 100,000 premis di kawasan pinggir dan luar bandar untuk memastikan bahawa semua kawasan perumahan dan kedai-kedai tidak ketinggalan dari segi penerimaan sambungan internet yang terpantas di negara ini.


Ketiga pula ialah pelan untuk menyediakan dan menambahbaikkan liputan selular dan juga jalur lebar di sekitar 151 kawasan penempatan orang asli di seluruh negara untuk memudahkan dan memperkasakan komunikasi dengan dunia luar.


Buat masa ini, masih belum tiada tarikh kukuh bilakah tugas penaiktarafan infrastruktur 3G, 4G dan gentian optik ini akan bermula, dan siapakah yang akan memulakannya, tetapi ia dapat dilihat bahawa pengumuman ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia, tidak kira latar belakang sosial dapat menikmati dan memanfaatkan rangkaian telekomunikasi Malaysia untuk memajukan negara ini.


Norlida Ishak Shop