Expired : 18.06.18

Google Akan Menamatkan Penawaran “Gmail Offline Chrome App” Pada Disember Ini

Google pada minggu ini dilihat menyusun kembali strategi untuk GMail, dan membuang pelbagai ciri-ciri dan penawaran yang ditawarkan secara berganda. Selepas mengumumkan penamatan penawaran aplikasi Inbox berkuat-kuasa Mac 2019 kelak, kini Google turut mengumumkan akan menamatkan aplikasi untuk Chrome, iaitu “GMail Offline Chrome App”.


Google sebelum ini telah menawarkan aplikasi GMail untuk Chrome dalam memudahkan pengguna kekal mengakses emel mereka secara luar-talian. Walaubagaimanapun, bermula Chrome 61 dan melalui GMail baru, Google telah menawarkan sokongan berkenaan secara terbina dan tidak memerlukan sebarang aplikasi tambahan.


Pengguna boleh terus ke tetapan GMail, dan mengaktifkan sokongan GMail Offline – sekaligus mengakses perkhidmatan emel berkenaan walaupun tanpa emel pada pelayar web Chrome.


Dengan penyertaan sokongan berkenaan, dan tidak memerlukan lagi aplikasi tambahan – kini Google memilih untuk mematikan penawaran aplikasi tersebut.


Google mengatakan mereka akan membuang penawaran GMail Offline Chrome App daripada Chrome Web Store pada 3 Disember kelak.


Norlida Ishak Shop