Expired : 18.06.18

Google Akan Mengehadkan Hasil Carian Teratas Yang Dipaparkan Daripada Sesuatu Laman

Google hari ini mengumumkan perancangan untuk mempelbagaikan hasil carian yang dipaparkan kepada pengguna, dan pada masa yang sama mengatakan tidak akan memperlihatkan hasil carian teratas daripada laman yang sama lebih daripada dua kali.


Ini sekaligus akan menawarkan hasil carian yang pelbagai kepada pengguna, dan memudahkan lagi pengguna menemui sesuatu hasil carian dengan mudah.


Pada hari ini, terdapat beberapa hasil carian yang memaparkan keputusan daripada laman yang sama — dan ada antaranya yang bermain dengan algoritma Google, dan tidak memaparkan hasil yang tepat. Google dilihat ingin mengatasi perkara ini dengan perubahan baru pada paparan hasil carian mereka.


Walaubagaimanapun, Google masih menekankan yang mana mungkin adakalanya pengguna akan melihat hasil carian teratas daripada laman-laman yang sama sekiranya ia benar-benar relevan.


Perubahan baru ini dijangka diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan kepada semua.




This site diversity change means that you usually won't see more than two listings from the same site in our top results. However, we may still show more than two in cases where our systems determine it’s especially relevant to do so for a particular search….


— Google SearchLiaison (@searchliaison) June 6, 2019



Norlida Ishak Shop