Expired : 18.06.18

Google Assistant Generasi Baru Beroperasi Lebih Pantas Dan Jitu – Membantu Pengguna Lebih Laju

Google Assistant merupakan pembantu maya digital yang disediakan oleh Google, dan diintegrasikan pada pelbagai peranti di seluruh dunia. Pengguna boleh bertanyakan soalan kepadanya, dan mendapatkan respon jawapan terus dengan pantas melalui Google Assistant.


Pada acara Google I/O 2019 yang diadakan hari ini, pihak Google berkongsi sejumlah perkara baru pada Google Assistant – termasuk berkenaan kelajuan pemprosesan dan perkomputeran yang dibawakan oleh Google Assistant.


Google dilihat memfokuskan dalam menjadikan penggunaan Google Assistant lebih pantas berbanding sebelum ini, dengan memproses data lebih pantas – selain pengenalan ucapan serta sebutan lebih jitu.


Google mengatakan model yang bersaiz sekitar 100GB sebelum ini, kini telah dikurangkan menjadi kurang daripada 0.5GB.



Hal ini sekaligus akan membolehkan Google Assistant terus berjalan dan beroperasi pada peranti terus tanpa perlu melalui awanan seperti sebelum ini. Dengan Google Assistant memproses sejumlah perkara pada peranti terus, maka ia akan dapat memberikan respon masa-nyata yang lebih pantas dan jitu berbanding sebelum ini.


Google mengatakan Google Assistant serba baru dan lebih pantas ini bakal hadir kepada telefon Pixel baru kelak pada tahun ini.


Norlida Ishak Shop