Expired : 18.06.18

Google Digital Wellbeing Bantu Seimbangkan Rutin Harian Pengguna

Bagi meningkatkan kesejahteraan digital pada tahun ini, Google kini tampil dengan sebuah ciri terbaru di Android iaitu, Digital Wellbeing. Tujuan utama ciri ini adalah bagi memudah dan meningkatkan taraf kehidupan pengguna dalam penggunaan teknologi seharian. Erti kata lain, ciri ini mampu membantu pengguna dengan memberikan peringatan kepada pengguna terhadap setiap had penggunaan aplikasi pada peranti mereka, sekaligus seimbangkan masa seharian mereka supaya tidak membazir melihat skrin peranti semata-mata.



Buat pengguna Android, menerusi ciri ini anda dapat fahami tabiat seharian anda ketika menggunakan sesuatu peranti pintar. Secara tidak langsung, anda akan mula menyedari kekerapan penggunaan aplikasi, bilangan notifikasi yang diterima dan kekerapan anda memeriksa telefon pintar sepanjang hari. Menarik bukan?


Selain itu, anda juga boleh menetapkan had waktu bagi setiap aplikasi dengan menggunakan ciri pemasa aplikasi. Ciri ini akan bertindak dengan menghantar notifikasi pemberitahuan berkenaan had waktu yang telah dicapai. Malah, apabila anda sudah mencapai had waktu yang ditetapkan, secara automatik ikon aplikasi tersebut akan menjadi pudar dan memerlukan anda untuk menghentikan penggunaan pada aplikasi tersebut. Penetapan ciri ini juga secara tidak langsung dapat membantu golongan ibu bapa dan guru untuk memantau penggunaan peranti pintar dalam kalangan anak-anak.


Galaxy S10 Digital Wellbeing


Adanya ciri sebegini ia dapat membantu rutin harian anda menjadi lebih baik. Malah anda dapat berehat seketika dengan meminimumkan had penggunaannya – selain memfokuskan kepada tugasan produktiviti lain, termasuk menghabiskan masa bersama mereka yang tersayang.


Untuk makluman pengguna, buat masa ini Google telah menawarkan ciri ini pada beberapa telefon pintar Android dan anda boleh melihat penggunaan ciri ini pada peranti Galaxy S10 selaku pengeluar luar pertama. seperti yang telah kami laporkan sebelum ini. Google dijangka memperluaskan penawaran ciri ini untuk peranti-peranti Android lain tidak lama lagi.


Layari :Google Digital Wellbeing


Norlida Ishak Shop