Expired : 18.06.18

Google Dilaporkan Berminat Mengambil-Alih Aplikasi Berkongsi Video, Firework

Syarikat gergasi sering melihat kepada trend dan mengambil-alih teknologi atau syarikat yang mereka anggap sesuai dengan portfolio mereka. Google turut tidak ketinggalan. Menurut laporan WSJ, Google dikatakan berminat untuk mengambil-alih salah satu aplikasi memfokuskan video, dinamakan Firework.


Firework menawarkan kemudahan untuk berkongsi video seumpama TikTok. Ia membolehkan pengguna berkongsi video sepanjang 30 saat, dan menawarkan kaedah penceritaan yang interaktif dengan mengalihkan kedudukan telefon dan sebagainya.



Selain daripada itu, ia turut hadir dengan enjin penemuaan tersendiri untuk memudahkan pengguna menemui video bersesuaian dengan minat mereka melalui platform berkenaan.


Buat masa ini, Google dilaporkan dalam perbincangan untuk pengambil-alihan aplikasi Firework ini.


Untuk Google sendiri, sekiranya pengambil-alihan ini berlaku, akan membolehkan mereka turut tidak ketinggalan dalam arena perkongsian video melalui telefon pintar yang semakin popular akhir-akhir ini, terutamanya melalui aplikasi seperti TikTok dan Instagram.


Norlida Ishak Shop