Expired : 18.06.18

Google Dilaporkan Memberi Amaran Risiko Sekuriti Terhadap Amerika Syarikat Disebabkan Oleh Halangan Huawei

Google kini dilaporkan memberikan amaran kepada pihak Amerika Syarikat, yang mana halangan penawaran teknologi mereka kepada pihak Huawei mungkin membawa kepada pelbagai ancaman sekuriti.


Google diperkatakan risau yang mana mereka tidak boleh menawarkan kemaskini kepada peranti-peranti Huawei yang membawa kepada ancaman sekuriti, selain mana pembangunan variasi sistem operasi berasaskan Android tersendiri daripada Huawei mungkin membuatkan proses berkenaan lebih sukar lagi. Ini juga mungkin membawa kepada beberapa senario berbeza, termasuk akan membuatkan penyebaran pelbagai perisian hasad lebih mudah daripada sebuah peranti ke peranti yang lain.


Seperti ramai sedia maklum, peranti Huawei digunakan dengan meluas diseluruh dunia, termasuk mereka menduduki tangga kedua dalam pegangan pasaran telefon pintar buat masa ini.


Halangan perdagangan yang diumumkan oleh Amerika Syarikat sebelum ini mungkin memberikan kesan jangka masa pendek terhadap Huawei, tetapi untuk jangka masa panjang, mereka mungkin akan bersedia dengan ekosistem tersendiri — sekaligus mencabar syarikat-syarikat di Amerika Syarikat, termasuk dari segi ekonomi dan sebagainya.


Huawei sebelum ini telah mengatakan mereka akan memfailkan usul di mahkamah terhadap halangan berkenaan, selain pada masa yang sama mengatakan mereka mempunyai beberapa langkah alternatif untuk meneruskan penawaran dalam arena peranti mudah-alih.


Norlida Ishak Shop