Expired : 18.06.18

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Pixel 5G – Mungkin Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Google Pixel 4XL adalah peranti yang paling serius tertiris pada tahun ini. Terlampau banyak informasi diketahui, sehinggakan terdapat video pandang pertama, sampel gambar, spesifikasi penuh dan banyak lagi. Peranti Pixel juga tidak dinafikan adalah “iPhone” daripada Google, kerana harga yang premium, spesifikasi yang biasa-biasa sahaja. Tetapi Pixel 5G mungkin akan mengubah segalanya.



Ya, Pixel 5G. Menurut laporan dari Nikkei Asian Review, Google sedang membangunkan peranti 5G dalam siri Pixel. Malahan, peranti ini turut dikatakan sudah pun lengkap dan sedang diuji. Walau bagaimanapun, tiada informasi bilakah ia akan dilancarkan. Ia mungkin akan dilancarkan bersama-sama dengan Google Pixel 4, atau juga pada tahun depan pada acara khas (mungkin Pixel 4a). Apa-apa pun, jika peranti ini dilancarkan harganya pasti mahal yang tidak masuk akal. Sama-sama kita nantikan.


Norlida Ishak Shop