Expired : 18.06.18

Google Drive Kini Diintegrasikan Pada Aplikasi Mi File Manager

Xiaomi mempunyai sistem operasi tersendiri berasaskan Android yang diberi nama MIUI. Dalam sistem operasi ini banyak yang Xiaomi bangunkan khusus untuk peranti Xiaomi. Tetapi ada juga Xiaomi bangunkan khusus untuk peranti yang tidak menjalankan MIUI, contohnya Mi File Manager. Iaitu aplikasi pengurus fail MIUI yang kini boleh dimuat turun oleh semua pengguna Android di Play Store.



Baru-baru ini Mi File Manager telah dikemaskini dengan perubahan antaramuka yang lebih kemas dan mudah digunakan. Terkini, Xiaomi telah menambah integrasi Google Drive pula. Perkara ini secara tidak langsung akan memudahkan pengguna untuk menguruskan fail-fail mereka. Pengguna boleh salin dan tampal antara Google Drive dan juga aplikasi Mi File Manager dengan lebih mudah.


Untuk memuat turun Mi File Manager, pergi sahaja ke Play Store untuk muat turun dan pasang. Oh ya, aplikasi ini turut menyokong mod tema gelap bagi memudahkan kegunaan di dalam gelap agar selesa dipandang.


Muat Turun Mi File Manage Di Google Play Store


Norlida Ishak Shop