Expired : 18.06.18

Google Kini Memaparkan Waktu Solat Terus Pada Hasil Carian

Google sedia menawarkan sejumlah keputusan carian dengan pantas melalui ciri “Knowledge Graph”, selain memaparkan info tambahan melaluinya. Terkini, terus menambah sokongan kandungan padanya, Google kini turut mengintegrasikan data waktu solat pada hasil carian mereka.


Google Waktu Solat


Kini, apabila pengguna melakukan carian untuk beberapa kata kunci, sebagai contoh “Waktu Solat”, atau “Waktu Solat di Kuala Lumpur”, anda akan dipaparkan dengan hasil carian berkaitan – iaitu waktu solat Subuh hingga Isyak. Google mengatakan data untuknya didapati daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Selain data waktu solat di Malaysia, Google juga turut menyokong paparan waktu solat untuk beberapa negara lain – seperti Indonesia. Sebelum ini, Google turut telah memperkenalkan ciri kemudahan untuk mencari arah kiblat melalui penggunaan teknologi AR.


Norlida Ishak Shop