Expired : 18.06.18

Google Menjenamakan Aplikasi “Files Go” Kepada Hanya “Files”

Google hari ini telah mengemaskini aplikasi pengurusan fail dan dokumen mereka, Files Go, dimana kini aplikasi berkenaan dijenamakan semula sebagai “Files by Google”. Langkah ini mungkin selari dengan langkah Google untuk memperluaskan penggunaan aplikasi bukan terhad kepada peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah yang sering dijenamakan dibawah “Go”.


Google Files Go


Melalui aplikasi ini, ia memudahkan pengguna menguruskan fail mereka pada peranti Android – yang mana ia menawarkan aplikasi pengurusan fail yang lebih baik berbanding beberapa aplikasi pihak ketiga yang lain. Selain itu, aplikasi Files juga membantu pengguna untuk membuang sejumlah dokumen dan fail yang tidak diperlukan daripada peranti mereka – sekaligus mendapatkan ruangan tambahan dengan mudah.


Google mengatakan aplikasi ini kini digunakan secara aktif oleh lebih 30 juta pengguna seluruh dunia.


Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun aplikasi ini dari Google Play Store hari ini.


Norlida Ishak Shop