Expired : 18.06.18

Google Pixel 3a Menerima Skor DXOMark Sebanyak 100 – Lebih Rendah Berbanding iPhone XR

DXOMark kembali dengan skor ujian kamera terkini mereka. Kali ini akhirnya tiba giliran Google Pixel 3a dan ia hanya menerima 100 markah. Ini adalah satu markah di belakang iPhone XR dan Google Pixel 3. Menurut DXOMark pujian diberikan kepada kualiti gambar yang terang dalam pelbagai situasi dengan penghasilan semula warna yang tepat.


Kritikan pula diberikan kepada kesan bokeh yang dikatakan kelihatan sedikit palsu dan imej dengan dedahan kurang baik di kawasan yang agak gelap. Dengan skor 100 markah ini, ia meletakkan Pixel 3a sebagai peranti di tangga ke-15 terbaik pada pada telefon pintar. Markah untuk kamera swafoto masih belum diterbitkan oleh pihak DXOMark pada waktu ini.


Menurut makmal ujian Amanz, Pixel 3a XL ialah peranti dengan kemampuan kamera yang amat baik bagi sebuah peranti kelas pertengahan. Kedua-dua Pixel 3a dan 3a XL dilengkapi sistem kamera belakang yang sama. Di dalam perbandingan kamera yang kami lakukan. ramai merasakan Pixel 3a XL mampu mengambil gambar yang setanding dengan P30 Pro, Galaxy S10+ dan iPhone XS Max.


Norlida Ishak Shop