Expired : 18.06.18

Google Pixel 4 Mungkin Akan Dilancarkan Pada 15 Oktober Bersama-Sama Dengan Google Nest Mini

Google kebiasaannya akan mengadakan acara khas pada bulan Oktober bagi melancarkan Google Pixel dan beberapa produk peranti berhubung. Tahun ini, Google mungkin akan mengadakan acara pelancaran Google Pixel 4 pada 15 Oktober.


https://twitter.com/evleaks/status/1171680371550949377


Informasi ini diperoleh dari satu imej pengolokan Google Pixel 4 dengan pelindung skrin yang mencadangkan tarikh 15 Oktober. Evan Blass selaku peniris yang terkenal adalah individu yang betanggungjawab mendedahkan informasi ini. Selain itu, pengganti kepada Google Home Mini turut akan diperlihatkan – ia diberi nama Google Nest Mini. Perbaharuan yang bakal dilihat adalah kehadiran lubang penyangkut dan juga port bicu audio.



Lebih mengejutkan di Vietnam, beberapa YouTubers telah pun memiliki Google Pixel 4 XL dan membuat video pandang pertama mereka. Dalam video ini, ia mengesahkan yang Pixel 4 XL mempunyai memori sehingga 6GB RAM, skrin ‘Smooth Display‘ dengan kadar segar semula 90Hz, aplikasi kamera dengan antaramuka baharu dan terpasang aplikasi rakaman suara. Dalam video dari saluran lain pula, ia turut memperlihatkan tiga pilihan warna Pixel 4 XL. Satu berwarna hitam dengan kemasan berkilat, satu warna putih dengan kemasan pusam + bingkai berwarna hitam yang mengingatkan saya kepada warna Panda dan juga warna baharu coral atau jingga – juga kemasan pusam dengan bingkai berwarna hitam.



Video kedua ini juga turut memperlihatkan sampel-sampel imej yang diambil dengan Pixel 4 XL. Mod malam Night Sight dilihat lebih baik dari sebelum ini, tetapi warna pada wajah manusia dilihat kurang menarik – ini mungkin kerana aplikasi kamera yang masih dalam pembangunan. Di Weibo pula, terdapat imej yang mempelihatkan bahagian tetapan untuk menetapkan Face ID Google. Ia menjelaskan yang ia turut boleh mengimbas wajah pengguna tidak kira memakai cermin mata atau tidak.



Maklumat lanjut Pixel 4 dan Pixel 4 XL hanya akan kita ketahui pada masa akan datang. Sama-sama kita nantikan.


Norlida Ishak Shop