Expired : 18.06.18

Google Tiriskan Sendiri Rekaan Telefon Pintar ‘Pixel 4’

Disebabkan ramai yang sudah mula bercakap tentang model Pixel 4, sebelum ianya tertiris di media, Google sendiri membuat keputusan untuk ‘meniriskan’ rekaan Pixel 4 kepada netizen.


Melalui satu perkongsian di Twitter, akaun MadeByGoogle berkongsikan rekaan belakang yang minimalis Pixel 4 kepada semua. “Disebabkan ada yang berminat, lihatlah! Tunggu sehingga apa yang ia mampu lakukan #Pixel4,” tulis MadeByGoogle.


Gambar ini memperlihatkan kedudukan kamera yang serba baharu serta rekaan belakangnya yang minimalis; hanya terdapat huruf ‘G’ seperti Pixel 3a.



Combined the two slices for the new #pixel4 pic.twitter.com/SuX3rWLFEr


— Fetty Wok (@atn1988) June 12, 2019



Mengapa secara tiba-tiba Google berkongsikan rekaan Pixel 4 ini lebih awal? Salah satu sebabnya mungkin Google tidak mahu dituduh meniru rekaan kamera iPhone 11 yang mempunyai kedudukan kamera yang hampir sama. Ya, Pixel 4 akan hadir dengan dual kamera.


Apapun, Dengan jenama Huawei yang kini berhadapan masalah untuk terus menggunakan Android, telefon pintar Pixel adalah alternatif terbaik sekiranya anda sedang mencari telefon pintar Android yang baharu. Harapnya telefon pintar Pixel akan lebih mudah didapati di Malaysia selepas ini.


Norlida Ishak Shop