Expired : 18.06.18

GoPro Hero8 Tertiris – Dijangka Hadir Dengan Sokongan Rakaman Video 4K, 120FPS

GoPro merupakan nama yang tidak asing lagi dalam penawaran kamera aksi mereka. Kini, menjelang penghujung tahun, pihak GoPro seperti biasa dijangka memperkenalkan kamera aksi terbaru mereka dibawah siri GoPro Hero8.


Selari dengannya, seperti biasa hari ini beberapa gambar tertiris hadir ke arena web melalui PhotoRumors, memperlihatkan rekaan yang diperkatakan sebagai GoPro Hero8.


GoPro Hero8


GoPro Hero8 dikatakan hadir dengan cip pemprosesan GP2, dan dijangka menawarkan kebolehan rakaman video pada resolusi 4K dibawah kadar 120fps, ataupun merakamkan video HD pada kadar 480fps.


Selain daripada itu, GoPro juga dijangka menawarkan sejumlah aksesori menarik baru untuk kamera aksi mereka – termasuk sebuah lampu LED.


Kita juga mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran dan sokongan rakaman lain pada GoPro Hero8 ini kelak.


GoPro dijangka memperkenalkan kamera aksi baru mereka ini sekitar bulan September kelak.


Norlida Ishak Shop