Expired : 18.06.18

‘Goyang Yuk’ bersama legenda dangdut

RADIO Televisyen Malaysia mengumpulkan penyanyi legenda dangdut popular tanah air untuk berkongsi satu pentas dengan tema ‘Goyang Yuk‘ pada 4 November ini pukul 9.00 malam di TV1.



Sebagai penutup tirai edisi slot Dimensi Legenda terbitan Unit Hiburan TV RTM tahun ini yang dianggap berjaya mengubati kerinduan peminat terhadap artis kesayangan mereka menyanyikan lagu malar segar masing-masing.


Tirai persembahan dibuka oleh Amelina yang menyanyikan lagu duet dengan Anuar Gocha iaitu lagu ‘Memori Daun Pisang’, yang pernah dipopularkannya bersama-sama dengan penyanyi Iwan ketika era kemuncak irama itu sekitar tahun 90-an.


Menyusul kemudiannya penyanyi Mas Idayu dengan dangdut kontemporari Malaysia menyampaikan tiga lagu signature beliau termasuklah ‘Cintaku 100%’, ‘Bolehlah Boleh’ dan ‘Senggol-Senggolan’.




Terkenal dengan kebolehan beliau menyanyi lagu pop, traditional dan dangdut dengan sangat baik, penyanyi Ramlah Ram melontarkan suaranya dengan lagu  ‘Selamat Jalan Romeo’, ‘Rindu Belaian’, ‘Penantian Yang Tak Berakhir’ dan ‘Selamat Jalan Romeo’.


Sebagai penghargaan kepada penyanyi Iwan, Raja Dangdut Malaysia ketika era kemuncak irama itu pada tahun 90-an, program ini membawakan segmen Memori Untukmu mengetengahkan lagu medley nyanyian Iwan iaitu ‘Wulan’ dan ‘Yang Sedang-Sedang Saja’ dipersembahkan oleh Anuar Gocha.


Kemuncaknya penonton dihiburkan dengan persembahan mantap dan bertenaga Amelina mengembalikan momen-momen manis bait-bait lagu ‘Di Dadaku Ada Kamu’, dan ‘Asyik & Rindu’ yang masih lagi diingati hingga kini.


Kesemua artis menutup persembahan dengan lagu ‘Kereta Malam’ yang pastinya mampu membuatkan anda terhibur.




Bagi mereka yang tidak sempat menonton di TV, mereka berpeluang  menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


The post ‘Goyang Yuk’ bersama legenda dangdut appeared first on Mangga Media.


Norlida Ishak Shop