Expired : 18.06.18

Grab Akan Mengenakan Penalti Pembatalan RM12 Di Singapura

Perkhidmatan seru pandu Grab kini amat dominan di Malaysia selepas pengambilalihan perniagaan dari Uber tahun lalu. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami sendiri menggunakan Grab sekiranya tidak mahu memandu di sekitar ibu kota. Di Singapura mereka juga dominan dan semalam mereka mengumumkan bayaran penalti sekiranya pelanggan melakukan pembatalan kereta yang telah diseru.


GrabPayBermula 11 Mac ini, pelanggan di Singapura yang membatalkan seruan kenderaan selepas lima minit akan dikenakan bayaran penalti SGD 4 (~RM 12). Pelanggan GrabShare juga akan dikenakan penalti yang sama jika pembatalan dilakukan selepas tiga minit. Tiada penalti dikenakan pada pembatalan jika pemandu lewat melebihi lima minit dari anggaran masa yang dipaparkan dalam aplikasi. Pelanggan pula akan menerima 100 markah Grab sekiranya seruan mereka dibatalkan oleh pemandu.


Sebelum ini pelanggan dikenakan penalti SGD 5 (~RM 15) jika tiga pembatalan dilakukan dalam masa seminggu tanpa mengira waktu. Kesemua bayaran penalti ini akan disalurkan sepenuhnya kepada pemandu sebagai pampasan. Bayaran akan dilakukan menerusi akaun GrabPay. Bagi mereka yang membayar secara tunai, penalti akan dicaj ke dalam tambang seterusnya.


Norlida Ishak Shop