Expired : 18.06.18

Grab Kini Memudahkan Anda Mencari Tukang Bersih Dan Baiki Rumah

Grab sebelum ini sedia menyatakan hasrat untuk menjadi aplikasi sehenti dalam memudahkan anda menemui pelbagai perkhidmatan dengan mudah melaluinya. Selepas memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru, terkini, Grab telah menambah sokongan “Clean & Fix” untuk memudahkan anda mencari tukang bersih dan baiki masalah di rumah.


Grab Kaodim


Untuk ciri ini, Grab bekerjasama dengan pihak Kaodim, dan menawarkannya dikawasan sekitar Lembah Klang dan juga Pulau Pinang.


Dengan pilihan baru ini, pengguna boleh membuat carian perkhidmatan seperti tukang bersih, baiki pendingin hawa, pemotong rumput, dan sebagainya melalui aplikasi Grab. Pengguna juga turut boleh melakukan pembayaran dengan mudah menggunakan GrabPay.


Grab Kaodim


Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang, boleh menguji ciri baru ini hari ini.


Norlida Ishak Shop