Expired : 18.06.18

Grab Menerima Suntikan Dana RM800 Juta Daripada Pemilik Perkhidmatan Tempahan Hotel Booking.com

Grab baru-baru ini dilihat mendapat suntikan dana sebanyak $200 juta daripada Microsoft untuk mengembangkan teknologi kecerdasan buatan dan dataraya mereka. Syarikat perkongsian kenderaan tersebut nampaknya telah menerima suntikan data lagi daripada Booking Holding.


Menurut laporan Tech Crunch, Grab dikatakan menerima suntikan dana sebanyak $200 juta (RM800 juta) daripada Booking Holding, setelah menerima suntikan dana sebanyak $1 bilion (RM4 bilion) daripada Toyota, dan secara pukalnya, sudahpun mendapatkan wang pelaburan sebanyak $2 bilion (RM 8 bilion) setakat ini.


Bukan itu sahaja, Grab juga dikatakan akan menaikkan jumlah pelaburan tersebut ke $3 bilion (RM12 bilion) pada hujung tahun ini. Apa yang menarik disini, pelaburan ini berkemungkinan besar bermaksud bahawa perkhidmatan Grab seperti Grabcar dan Grab Pay akan diterapkan di dalam aplikasi-aplikasi Booking Holding, seperti Booking.com dan juga Agoda.


Menurut laporan tersebut lagi, seorang jurucakap Grab menyatakan bahawa integrasi diantara aplikasi-aplikasi ini hanya akan berlaku pada tahun 2019, tetapi tawaran dan ganjaran untuk menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut akan tiba di beberapa pasaran di sekitar Asia Tenggara pada penghujung tahun ini.


Norlida Ishak Shop