Expired : 18.06.18

GrabClub Bakal Diperkenalkan Di Malaysia – Langganan Yang Memberi Diskaun Untuk Tempahan Makanan Dan Seru-Pandu

Grab kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah khidmat baru untuk pengguna tempatan, dinamakan Grab Club. Ia dilihat ditujukan kepada pengguna yang aktif menggunakan perkhidmatan Grab – dimana melalui langganan yang ditawarkan, ia akan memberikan diskaun kepada pengguna untuk tempahan makanan dan juga tempahan seru-pandu.


GrabClub Malaysia


Jikalau mengikut penawaran di Singapura, melalui GrabClub, pengguna boleh menikmati penawaran penghantaran makanan percuma, selain diskaun untuk seru-pandu. Beberapa variasi pelan langganan yang ditawarkan kepada pengguna – dan boleh dibeli mengikut kadar keaktifan mereka menggunakan Grab.


Buat masa ini, harga langganan GrabClub di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.


Norlida Ishak Shop