Expired : 18.06.18

Graduan Ini Buat Silap Mata Persis ‘Harry Potter’ Ketika Konvokesyen Buatkan Netizen Terhibur

Kebelakangan ini kita sering disajikan dengan tindakan provokasi yang dilakukan oleh beberapa graduan ketika di atas pentas konvokesyen ketika mengambil ijazah.


Namun kali ini, lain pula ceritanya apabila tular sebuah video yang memaparkan seorang graduan IPTA membuat silap mata ketika perarakan masuk ke dalam dewan.



Menerusi video yang dimuat naik di Twitter @ufakhrul, graduan berkenaan yang sedang berbaris sempat menunjukkan aksi silap mata menggunakan kad selama beberapa saat.


Di dalam video yang berdurasi 51 saat itu, pemuda itu secara spontan menunjukkan tangan yang kosong sebelum kad dikeluarkan secara tiba-tiba, umpama ahli silap mata yang sedang beraksi di atas pentas.



Haa nah kot ada yang terlepas moment bro tunjuk magic kat camera #30IIUMCONVO petang tadi. pic.twitter.com/fKhZfMTMcK


— Fakhrul Illusionz (@ufakhrul) November 25, 2019



Menurut pemuda yang bernama Fakhrul itu, video tersebut dirakam oleh isterinya sendiri yang turut terkejut dengan gelagat yang ditunjukkan oleh beliau.


Difahamkan, pemuda yang mempunyai ijazah dalam ‘Urban and Regional Planning’ dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu, merupakan seorang ahli silap mata secara sambilan. Patutlah aksi yang dipamerkan itu berjaya memukau mata orang yang melihat.


Rata-rata netizen yang melihat silap mata itu berasa kagum dan memuji aksi yang dipamerkan oleh graduan tersebut.



harry potter punya graduasi


— temar (@Athmaraziz) November 25, 2019




Dengan jubah konvonye buat time jalan centu dah mcam harry potter dah.. Eh tapi dia tak pakai wand okk dia macam now you see me.. Eh tapi dorang tak pakai jubah okk kau dumbledore


— proooottt


Norlida Ishak Shop