v Guan Eng Berbohong.. Prinsip “Rule of Law” Kerajaan PH Sekali Lagi Akan Diuji
Expired : 18.06.18

Guan Eng Berbohong.. Prinsip “Rule of Law” Kerajaan PH Sekali Lagi Akan Diuji

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata prinsip “rule of law” Kerajaan PH sekali lagi akan diuji apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terbukti menfitnah dan berbohong dalam Dewan Rakyat

Ini tegasnya perkara serius dan dibuktikan melalui Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada Isnin 15.7.2019.

Malah jelas beliau rumusan Audit menyatakan hanya RM5.06 bilion yang telah disah serta dilulus bagi pembayaran daripada RM19.4 Bilion itu.

“Keadaan ini memperlihatkan kredibilitinya (Guan Eng) sebagai Menteri Kewangan sangat tidak baik.

“Sikapnya juga boleh menjejaskan reputasi pengurusan ekonomi Malaysia di mata dunia, kerana negara ini mempunyai Menteri kewangan yang seringkali memutar belit fakta dan berbohong”, katanya dalam hantaran Facebook beliau di sini.

Tambah Dr Shamsul Anuar lagi sangat jelas wang bayaran balik GST RM19.4 bilion yang dikatakan oleh Lim Guan Eng telah hilang dan dirompak Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Justeru tegasnya langkah Blok Pembangkang UMNO dan PAS yang akan membawa usul merujuk Lim Guan Eng kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Malaysia sangat tepat dan mesti disokong.

Namun persoalanya tambah beliau apakah Parlimen akan mengambil tindakan ke atas Lim Guan Eng?

“Sekali lagi prinsip “rule of law” Kerajaan PH akan diuji. Jika tiada sebarang tindakan diambil ia sekali lagi menyebabkan Kerajaan PH merendahkan Institusi Parlimen Malaysia.

“Kita tunggu dan lihatlah apakah tindakan Kerajaan PH”, ujarnya.

Dan sesuatu yang malang jelas Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong unI ialah apabila Menteri Kewangan Kerajaan PH merupakan seorang yang suka berbohong, tidak telus, lemah dalam pengurusan ekonomi.

Guan Enga katanya lagi ternyata gagal berfungsi sebagai Menteri kewangan yang baik.

“Kerana itulah Kedudukan Bursa Saham dan Ringgit Malaysia tidak baik. Pelabur tidak yakin dengan Malaysia.

“Beliau (Guan Eng) hanya bijak menjual aset dan harta negara serta menggunakan wang Petronas sahaja. Dan Menteri Kewangan yang lemah”, katanya.

Sebelum ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa di parlimen, sebanyak RM19.47 bilion daripada kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dipulangkan tetapi sebaliknya “dirompak”.

Namun laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) mendapati bayaran balik wang GST yang didakwa okeh Guan Eng telah dirompak oleh pentadbiran kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) sebenarnya tidak hilang.

Laporan PAC yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini menunjukkan tidak ada kehilangan wang atau wang dirompak seperti didakwa Menteri Kewangan. –MediaUMNO