Expired : 18.06.18

Guan Eng buat ‘u-turn’ isu subsidi petrol: Puad


BANGI, 27 Safar 1440H, Isnin – Tindakan Lim Guan Eng membuat pusingan U berhubung kenyataan dalam pembentangan Belanjawan 2019, menunjukkan Menteri Kewangan itu tidak teliti ketika menyediakan belanjawan berkenaan, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.


Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu berkata, pada awalnya, Guan Eng dengan bangga mengumumkan kereta berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah akan menerima subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.


Bagaimanapun setelah tular bahawa ada kereta mewah yang juga berkapasiti bawah 1,500cc, Puad berkata, menteri itu terus mengubah fikirannya dengan tidak memberi subsidi kepada kereta mewah berkenaan.


“Ini menteri kewangan yang gagal. Volkswagen Tiguan harganya RM165 ribu manakala BMWi8 (1500cc) harganya ialah RM1.31 juta. Patutlah ada pegawai Kementerian Kewangan kata, mereka sediakan bajet lain tetapi apabila sampai pada ‘1 Trilion Dollar Man’ terus berubah,” katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan 2019, Guan Eng mengumumkan pemilik kereta berkuasa 1,500cc dan motosikal 125cc dan ke bawah akan diberikan subsidi 30 sen, masing-masing untuk 100 liter dan 40 liter sebulan.


Namun sehari kemudian, Guan Eng mengingatkan bahawa pemilik kereta mewah dengan kapasiti enjin di bawah 1,500cc tidak akan menikmati subsidi minyak bersasar seperti yang diumumkan.



The post Guan Eng buat ‘u-turn’ isu subsidi petrol: Puad appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop