Expired : 18.06.18

Guan Eng gagal beri suntikan baik untuk ekonomi negara


KUALA LUMPUR, 28 Jamadilawal 1440H, Ahad – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah membidas cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan sebuah badan yang akan meneliti dan membuat keputusan berhubung ekonomi negara.


Beliau berkata, perkara itu jelas memperlihatkan kegagalan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dalam melaksanakan tanggungjawab sepatutnya.


“Keadaan boleh dilihat apabila Indek Bursa Malaysia dalam kedudukan tidak memberangsangkan dan nilai Ringgit terus lemah di mana RM4.16 berbanding AS$1. Malah pelaburan asing sejak Mei 2018 begitu merosot dan suram sama sekali.


“Bahkan beberapa isu ekonomi dan projek pembangunan umpamanya Projek ECRL (Projek Laluan Rel Pantai Timur) gagal ditangani oleh Guan Eng dengan baik. Semua ini menimbulkan kegelisahan pelbagai pihak dan pastinya menimbulkan kecelaruan di pelbagai pihak.


“Nampaknya Guan Eng gagal melakukan sesuatu untuk memberikan suntikan baik kepada ekonomi negara,” katanya seperti dilapor UMNO Online.


Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat untuk menubuhkan satu badan khas bagi meneliti dan menentukan keputusan berkenaan ekonomi negara yang mana fungsinya sama seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang wujud pada era kerajaan terdahulu.


Mengulas lanjut, Dr Shamsul berkata, cadangan penubuhan majlis ini juga memperlihatkan bahawa Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diwujudkan dan diketuai Tun Daim Zainudin awal pemerintahan Kerajaan PH, gagal mengemukakan suatu hala tuju baru yang kononnya mahu dibawa Kerajaan PH.


“Jika diamati, pada saat ketika CEP mula-mula diwujudkan, harapan rakyat begitu tinggi menggunung kepada CEP yang dibarisi tokoh-tokoh berwibawa. Tetapi selepas beberapa bulan, tidak nampak banyak idea baru diketengahkan.


“Sebaliknya, apa yang rakyat nampak adalah proses penjenamaan semula satu demi satu program atau dasar yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini, hinggakan ada yang menamakannya dasar ‘copy paste’,” katanya.


Justeru, beliau berkata ia telah menyebabkan Dr Mahathir ‘hilang sabar’ hingga fungsi perancangan ekonomi ditarik balik dari Guan Eng.


“Apa lagi sejak beberapa bulan ini nampak sangat ‘berlaku perang besar’ antara ‘team’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Guan Eng, Dr Mahathir seolah memberikan ‘markah merah’ kepada Guan Eng,” katanya.


The post Guan Eng gagal beri suntikan baik untuk ekonomi negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop