Expired : 18.06.18

Guan Eng Melampau, Hasut Kebencian


KENYATAAN MEDIA

Dewan Ulamak PAS Pusat


16 JAMADIL AKHIR 1441H  l  11 FEBRUARI 2020


GUAN ENG MELAMPAU, HASUT KEBENCIAN


1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang melampaui batas dengan pelbagai fitnah jahat terhadap PAS apabila cuba menyemarakkan kebencian rakyat terhadap pembangkang dengan isu yang berlegar berkaitan Pakatan Nasional sebagai kerajaan baharu menerusi “pintu belakang”.


2. Guan Eng dilihat konsisten menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS apabila terus memburukkan Islam dengan menuduh imej ektrimis dan memainkan sentimen perkauman kononnya apabila PAS memerintah akan menyebabkan penindasan ke atas kalangan rakyat yang bukan Islam serta kaum selain Melayu.


3. Kenyataan Guan Eng dilihat sebagai respon balas terhadap PAS apabila PAS mengambil keputusan untuk membawa usul percaya kepada Perdana Menteri dalam Sidang Parlimen pada Mac akan datang ini. Jelas sekali, DAP sedang cuba mewujudkan naratif negatif terhadap PAS dengan menyembunyikan kebimbangan mereka kerana apabila usul ini dibentangkan akan terserlah tembelang perpecahan besar dalam kalangan komponen parti Pakatan Harapan antara penyokong Tun M atau juga penyokong Anwar Ibrahim.


4. Kenyataan beliau sebelum ini juga yang menyifatkan usul percaya yang ingin dibawa oleh PAS adalah songsang dilihat selari dengan pengikut setia mereka iaitu PAN apabila Mujahid Yusuf Rawa dilihat senada dalam menolak cadangan usul yang ingin dibawa oleh PAS tersebut. Jelas, agenda DAP mudah di dalam era Pakatan Harapan ini apabila PAN sering menjadi benteng untuk mempertahankan DAP sehingga kita boleh lihat harta, aset, maslahat berkaitan umat Islam semakin dirobek sedikit demi sedikit.


5. Guan Eng benar-benar melampau dalam penentangannya terhadap Islam malah beliau sengaja “membutakan matanya” terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum di bawah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 30 tahun mentadbir tanpa ada sebarang isu berhubung diskriminasi kaum sepanjang tempoh PAS memerintah itu.


6. Guan Eng sewajarnya dikenakan tindakan menerusi Akta Hasutan kerana cubaan meniupkan sentimen perbalahan antara kaum dengan menonjolkan Islam sebagai imej ekstrimis. Ternyata, kebimbangan Guan Eng yang mencerminkan sikap DAP adalah anti Islam. Apa sahaja yang mendaulatkan Islam akan ditentang dengan tohmahan jahat dengan alasan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik sedangkan DAP lupa bahawa Islam merupakan agama Persekutuan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan!


7. DUPP mendesak agar satu tindakan tegas ke atas Guan Eng atas hasutan jahat yang dilemparkannya secara berulang kali. Jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan, maka tidak pelik akan datang berlaku rusuhan antara kaum kerana termakan dengan momokan jahat tersebut.


إِنَّمَا یَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِینَ قَـٰتَلُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِیَـٰرِكُمۡ وَظَـٰهَرُوا۟ عَلَىٰۤ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن یَتَوَلَّهُمۡ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ


Maksudnya :

“Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

[Surah Al-Mumtahana 9]


Sekian.


YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)


The post Guan Eng Melampau, Hasut Kebencian appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).