Expired : 18.06.18

Guru hamil ditikam suami selamat lahirkan anak




Gambar hiasan

GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam suaminya di Putrajaya, semalam.

Dalam kejadian 9.50 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun terpaksa memandu kenderaannya sendiri dari rumahnya di Presint 9 di sini dalam keadaan cedera bagi mendapat rawatan di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, mangsa mengalami pendarahan luka hirisan di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut dan luka di belakang kanan badan.

Beliau berkata, mangsa turut mengadu sakit di bahagian perut dan bimbang akan keadaan kandungannya sebelum dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik untuk rawatan lanjut.

“Mangsa berjaya melahirkan bayi lelakinya menerusi pembedanan. Keadaan mangsa dan anaknya stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rosly berkata, suami mangsa berusia 39 tahun yang bekerja sebagai jurutera ditahan di kediamannya, semalam.

“Polis turut merampas barang kes iaitu pisau yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa. Siasatan awal turut mendapati suspek tiada rekod jenayah.

“Suspek direman sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.







Share this




Admin





Related Posts




Norlida Ishak Shop