Expired : 18.06.18

“Habis Mengelupas Kulitnya Dibasuh Dengan Alkohol…” ISTERI FRONTLINERS Ini Dedah Keadaan Suami


Ibarat bertempur tanpa senjata, turun ke zon kuarantin melawan wabak penyakit paling berbahaya di dunia. Dengan kudrat dan pakaian perlindungan yang tebal, para petugas kesihatan kita gigih berjuang merebut nyawa seseorang dari seksa sakaratulmaut.


Pengorbanan warga kerja di barisan depan kini menjadi perhatian dunia. Tatkala virus corona menular, anggota perubatan berusaha membendung wabak dengan mendahulukan keselamatan orang ramai dari keselamatan mereka sendiri.


Yang kita lupa, ada jiwa-jiwa resah yang menunggu kepulangan mereka di rumah. Inilah yang dirasai Puan Tania Tahir melalui luahannya di Facebook, setiap kali suami tercinta, Azrilhafiz Zainal melambai pergi.



“Rasa gugur jantung ni lepaskan suami pergi kerja…”


**YOU DON’T HAVE TO BE SCARED**


So just now.. I saw my husband to work. If some of you don’t know, he is a Medical Assistant. And Medical Assistants are usually the FIRST to see patients. So u know what that means, kan ? Rasa gugur jantung ni lepaskan suami pergi kerja.. Tp sy tahu, dia berjuang demi rakyat negara ini. He needs to be strong therefore I need to be his strength.


I do pray that he, his colleagues and everyone be protected from harm, any infection or illnesses. Semoga suami sy, rakan2 sekerjanya serta semua dilindungi dari covid19, dari mana2 jangkitan atau apa2 musibah.


Besides that I do pray that all patients tell the truth. Sy juga berdoa agar setiap pesakit berlaku jujur. Jika anda rasa anda mungkin terdedah kepada jangkitan covid19, tiada pekerja klinik atau hospital akan judge atau menghukum.. Kerana tanggungjawab mereka adalah utk menolong. Have mercy on their sacrifices, appreciate their bravery for dealing with this pandemic head on and just tell the whole truth.


“Suami minat bidang pertolongan cemas”


Dalam perbualan Nona dengan Puan Tania Tahir, kerisauan ibu jelita ini terhadap kesihatan suaminya jelas dizahirkan. Pasangan dari Ampang ini telah berkahwin hampir 11 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.


“Sejak dulu lagi saya memang bangga dengan kerjaya suami saya. Walaupun beliau layak untuk mendalami bidang perubatan dan jadi doktor, tapi minatnya lebih kepada first aiding atau pertolongan cemas. Jadi minat itu diteruskan dalam jurusan Pembantu Pegawai Perubatan.




Semasa suami masih belajar, saya ingat mungkin risiko pekerjaannya tidak sebahaya doktor. Tapi sekarang saya rasa sama saja. Malah Assistant Médical Officers (atau Medical Assistants) ni adalah barisan terdepan, first to touch and see patient! Maksudnya pada kebanyakan masa, adalah orang pertama terdedah kepada segala jangkitan yang dibawa oleh pesakit.


Suami jarang berkongsi apa yang berlaku di tempat kerja, tetapi saya pernah dengar luahannya. Hampir tiga minggu lalu, rakan sekerja suami berkali-kali menyoal seorang pesakit tentang sejarah perjalanan ke luar negara. Pesakit itu dengan yakınnya kata, tidak ada.


Tapi sebaik pesakit tersebut melepasi yellow zone, barulah nak mengaku dia sebenarnya bekerja di Hong Kong. Mereka tidaklah marah, tapi saya nampak air muka suami berubah. Dia kecewa dengan sikap-sikap begini.


Semua frontliners bukannya kebal dari jangkitan. Mereka juga manusia biasa, ada kerisauan dan tahap kesabaran masing-masing. Jika emosi mereka terjejas, sudah tentu mengganggu fokus dan ketenangan semasa bertugas. And you know, they have to keep calm in order to help.



Di sinilah ujian bagi mereka yang bekerja sebagai healthcare frontliners, terutamanya di klinik dan hospital seperti doktor, jururawat dan Medical Assistants, berdepan segala macam ragam pesakit dan pewaris yang datang bersama pesakit,” cerita Marketing Coordinator itu.


Hampir menitik air mata penulis mendengar cerita Puan Tania sepanjang menguruskan keperluan suaminya yang bertugas mengendalikan kes pesakit COVID-19. Iyalah, isteri mana tak bimbang!


“Masa wabak SARS dan MERS menular dulu, suami pernah bertugas juga di Jabatan Kecemasan. Tapi buat pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun bertugas, 4 ke 5 hari berturut-turut beliau akan balik minta saya masakkan air. Sediakan air suam dan garam untuk merendam kaki.


Saya tengok kulit tapak tangan sampai ke hujung jari-jemarinya, habis mengelupas sebab asyik dibasuh dengan alkohol. Sebaknya ya Tuhan…


Saya juga mesti pastikan air masak siap mendidih sesampainya suami di rumah. Mesin basuh kena sedia kosong untuk dimasukkan baju kerja yang dipakai. Beliau sendiri akan tuang air yang saya masak tadi.


Kami jadikan rutin, suami akan call sebelum masuk rumah agar saya siap sedia buka pintu. Mudahkan laluannya ke tempat basuh baju dan pastıkan kami duduk dalam bilik sehinggalah beliau selesai mandi. Semua tuala dan pakaian, digantung dalam bilik yang berasingan dan kami tak boleh masuk bilik tu. Anak tidur dengan saya. Suami tidur bilik lain.”



Tentang penjagaan diet dan makan minum suami di rumah, Puan Tania cukup teliti menjaga. “Saya pastıkan masakan saya diletakkan bawang putih dan halia. Minuman panas mesti letak halia. Setiap hari suami mesti makan buah naga dan suplemen terutama sekali suplemen berasaskan bawang putih dan Vitamin C. Beliau juga perlu minum air kosong secukupnya.”


Harapan Seorang Isteri


“Saya harap agar semua isteri atau suami petugas kesihatan dan frontliners kekal sabar, kuat serta terus beri sokongan buat pasangan dan ahli keluarga masing-masing. Healthcare frontliners adalah kekuatan negara kita sekarang ni. Hanya pasangan dan ahli keluargalah kekuatan dalaman mereka.


Untuk semua pesakit atau sesiapa yang merasa mereka mungkin terdedah kepada jangkitan COVID-19, silalah tampil ke hadapan dan paling penting jujur dengan pihak klinik atau hospital. Tiada siapa pun minta pandemik ini terjadi. Yakınlah pada Tuhan dan yakın bahawasanya healthcare frontliners ada di sana untuk memberi pertolongan,” akhiri Puan Tania.