Expired : 18.06.18

Habis SPM: Ini 12 kelebihan Tingkatan 6 yang ramai terlepas pandang

ANTARA soalan yang menjengah minda selepas keputusan SPM dikeluarkan ialah sama ada ingin ke Tingkatan Enam atau tidak.


Demi masa depan, masing-masing akan memikirkan strategi dan langkah terbaik bagi menentukan haluan yang lebih terjamin.


Seorang guru berkongsi bagaimana Tingkatan Enam merupakan pilihan yang sering dipandang sebelah mata, sedangkan ia sebenarnya mempunyai banyak kelebihan.


Jom kita tengok apa kelebihan bagi pelajar yang memilih untuk naik ke Tingkatan Enam.


1) Terus sambung ijazah



Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat ijazah. Maka laluan Tingkatan Enam adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka bolehlah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung ijazah selepas itu.



 


2) Tempoh hanya setahun setengah


Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan Enam juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui diploma (tiga tahun) dan terus sambung ke ijazah (tiga tahun), maka melalui laluan Tingkatan Enam (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan.



3) Kerja kursus


Melalui sistem pembelajaran Tingkatan Enam yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.


 


4) Murid : Guru


Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan Enam adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.



5) Peluang ke IPT


Dikatakan juga, melalui Tingkatan Enam, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walau bagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan Enam yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.



6) Setaraf diploma


Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.


7) Yuran murah


Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan Enam adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu.


8) Ulang subjek gagal


Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan Enam yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.



9) Kursus perguruan


Melalui Tingkatan Enam juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan Enam untuk diutamakan.


10) Biasiswa


Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara.



11) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar


Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan Enam adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.


12) Perkara tambahan


Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik Tingkatan Enam adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas.


Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan Enam merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.


Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi menggapai kejayaan.


Kalau kena dengan caranya, maka laluan Tingkatan Enam ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda!


Sumber: Blog Cikgu Hailmi


The post Habis SPM: Ini 12 kelebihan Tingkatan 6 yang ramai terlepas pandang appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop