Expired : 18.06.18

“Hadap Game Macam Nak Mati Esok!”- Ozlynn Diselar Biadab Bebel Johan Ketika ‘Live’ Gaming

Rata-rata lelaki dekat Malaysia ini, kalau dah ‘ketagih’ main permainan video memang tak akan ingatlah pasal perkara lain. Kalau boleh mandi, makan, tidur pun mesti nak berkepit dengan konsol!


Sama juga dengan pelawak terkenal iaitu Johan yang dikenali sebagai antara gamer kuat dalam kalangan selebriti tempatan. Kalau anda perasan, lelaki itu juga rajin berkongsi penstriman secara langsung permainannya menerusi laman Facebook.


ozlynn dan johan


Main main juga, tapi kalau dah sampai melekat depan komputer, isteri mana yang tak marah kan? Seorang individu di Twitter telah memuat naik sedutan video pendek di mana Johan telah dimarahi isteri kesayangan kerana terlalu leka bermain permainan bola FIFA.




KAH KAH KAH Epik!! Johan kena bebel masa tengah live stream main FIFA ? pic.twitter.com/SwM6Kwdqdt


— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) February 14, 2020



Memang kelakar habislah melihatkan pelawak itu yang terkemut-kemut dibebel oleh Ozlynn. Rupanya si isteri dah lama pesan suruh berhenti main tapi Johan buat tak reti sahaja, memang diamukkanlah!




ini paling win ??? pic.twitter.com/VjlSV4mNue


— samsara. (@___kntng) February 15, 2020



Bait-bait bebelan Ozlynn boleh tahan pecah perut juga!


Kau sibuk main FIFA main FIFA, yang aku siapa nak main?!


Meskipun ramai netizen yang nyata terhibur dengan gelagat suami isteri ini, ada pula ‘acik bawang’ yang busuk hati dan tuduh bahawa Ozlynn kurang ajar dengan suami.


ozlynn dan johan


Siap ada yang cakap Ozlynn dan Johan hanya ‘berdrama’ sebab nak naikkan jumlah tontonan siaran langsung tersebut. Pulak dah?


ozlynn dan johan


Adatlah dalam perkahwinan ada gaduh dan bermasam muka kan? Tapi jangan risau sebabnya pasangan romantik itu berbaik juga pada akhir penstriman tersebut.




settle baik dah hahaha pic.twitter.com/5DDUhKOtXT


— As ? (@AnasYokies) February 15, 2020



Okay sahaja pasangan ini, tapi yang pastinya kedua-dua Ozlynn dan Johan berjaya beri bahan hiburan untuk netizen. Para suami yang ketagih main game, boleh lah bawa muhasabah diri lepas tengok amukan Ozlynn ini.


Sumber: Twitter