Expired : 18.06.18

“Hadiah Yang Saya Nak, Semoga…”- Masih Tidak Muat Naik Foto Bersama Aliff Aziz, Ini Ucapan Bella Astilah Sempena Hari Jadi

Selepas mendedahkan isu kecvrangan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Bella Astilah sudah tidak mengemas kini Instagram miliknya tentang suaminya lagi.


Malah, menerusi tinjauan Gempak, laman sosialnya itu hanya memberitahu mengenai dirinya, anak, Ayden serta keluarganya.


Terbaharu, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25 hari ini, Bella bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyayanginya.


Menurut Bella sempena harinjadinya itu dia hanya mengharapkan agar ibu bapanya sentiasa bahagia bersama hingga akhir hayat dan Ayden menjadi anak yang soleh.


“Alhamdulillah officially 25.


“I love to see my family gathering together to remind each other that there are people in this world who are part of you and your life. Saya selalu mau kumpul semua but sometimes masa dan jarak keluarga sbb ada juga yang di sabah masih kan:( the main purpose of it is to get the entire family together.


“Wishing myself the happiest of birthdays. On this special day, I just want to thank Allah s.w.t for the priceless gift of life that He has given me and for the wonderful people He has put in my life. I am very thankful and grateful, Alhamdulillah…Hadiah yang saya nak semoga kedua orang tua saya bahagia, dipanjangkan umur dan Ayden menjadi anak yang soleh. Amiin


“Selalu orang bilang saya kuat senyum sama ketawa tapi cuba tengok ni video kalau saya marah/kepanasan, g4rang kan! Bekerut terus tu muka bha,” tulisnya.


Bella berkongsi ucapan tersebut di akaun IG miliknya.


Menerusi entri tersebut, dia memuat naik sepotong video.


Bella kemudian dihujani dengan ucapan hari lahir.


Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar Bella terus kuat menghadapi segala dugaan dan mendapat kebahagiaan sebenar.


Terdahulu, Bella menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku cvrang dengan pelakon Oktovia Manrose.




Sumber : Gempak

Norlida Ishak Shop