Expired : 18.06.18

Hafiz Hamidun Diganggu Gadis Misteri?

Media sosial sudah menjadi medium untuk selebriti berkongsi aktiviti seharian dan luahan hati mereka bersama minat. Namun, timbul rasa takut jika ada ‘stalker’ yang obses dan mengganggu kehidupan sesetengah selebriti ini.



Itulah juga yang dirasakan oleh Hafiz Hamidun apabila diganggu seorang gadis misteri. Lebih menyeramkan, gadis itu pernah mimpikan Hafiz tetapi situasi didalam mimpi itu sangat menakutkan dan merepek.









Rata-rata netizen juga turut merasa seram dengan apa yang berlaku dan meminta Hafiz untuk lebih berhati-hati. Buat sahaja laporan polis untuk mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku.



Difahamkan, gadis itu sudah lama lari dari rumah dan ini bukan kali pertama beliau memuat naik sesuatu yang pelik. Apa-apa pun, lebih baik Hafiz mengambil langkah untuk berjaga-jaga dan tidak mencampuri urusan individu itu bersama keluarganya. Memanglah kasihan tetapi fikirkan juga keselamatan diri.


Norlida Ishak Shop