Expired : 18.06.18

Hafizh 'sporting' tunda motosikal Marquez [VIDEO]

BIARPUN menamatkan saingan di tempat ke-19 pada Grand Prix Jepun namun ‘sikap sporting’ dipamer pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menunda motosikal Marc Marquez mendapat pujian netizen.


Marquez, juara dunia memenangi perlumbaan itu tetapi mengalami masalah bahan bakar sebaik menamatkan saingan dan terpaksa meminta bantuan pelumba lain di litar berkembar Motegi.


Ia kemenangan keempat pelumba Honda itu di litar mencabar itu selepas memulakan perlumbaan di petak utama.


Dia menamatkan perlumbaan dengan masa 32 minit 41.492 saat diikuti pelumba muda Perancis, Fabio Quartararo yang memacu Yamaha di tempat kedua manakala penunggang Ducati Andrea Dovizioso tiba 1.325 saat di belakang Marquez.


Apapun, tindakan Hafizh atau Pescao mendapat pujian peminat jentera dua tayar itu di serata dunia yang menulis pelbagai komen terhadap pelumba kebanggaan Malaysia itu.


Komen paling win adalah “Terima kasih @Hafiz_pescao55” dan tidak kurang juga peminat mendoakan Hafizh diambil untuk menyertai pasukan Honda pada musim 2020.


Norlida Ishak Shop