Expired : 18.06.18

Hajat cari kerja; gadis kena tumbuk, elak dicabul

Ketua Polis Brickfields ACP Ruslan Khalid mengesahkan menerima aduan mangsa dan sedang menjalankan siasatan. ― Foto oleh Hari Anggara
Ketua Polis Brickfields ACP Ruslan Khalid mengesahkan menerima aduan mangsa dan sedang menjalankan siasatan. ― Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Seorang wanita cedera di hidung akibat ditumbuk selepas meronta-ronta mahu melepaskan diri daripada dicabul kelmarin.

Mangsa mencari kerja, bergelut dengan suspek yang mahu menawarkan jawatan kru acara dengan bayaran RM230, lapor Harian Metro.


Sumber berkata mangsa tidak mengesyaki apa-apa mengikut suspek yang mahu bertemu majikanya, pemilik salun di Taman OUG Parklane, di sini.


Kemudian, wanita itu menunggu suspek di tangga sebelum terkejut dipeluk suspek, juga cuba melakukan serangan seksual pada 11.55 pagi, katanya lagi


“Mujur ketika bergelut itu mangsa berjaya melepaskan diri dan terus berlari menyelamatkan diri sebelum menghubungi rakannya meminta bantuan,” katanya.


Ketua Polis Brickfields ACP Ruslan Khalid mengesahkan menerima aduan mangsa dan sedang menjalankan siasatan lanjut kes terbabit.


Norlida Ishak Shop