Expired : 18.06.18

Haji Aminuddin kekal Presiden Isma


Oleh Siti Fatimah Ishak


BANGI, 9 Rejab 1440H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini memutuskan Haji Aminuddin Yahaya kekal sebagai Presiden, dalam usaha memperkukuhkan lagi pertubuhan Melayu Islam sederhana di negara ini.


Perkara itu diumumkan dalam Mesyuarat Agung Isma kali ke-16, bertemakan ‘Menebus Kedaulatan Menjulang Peradaban’, di Dewan Mesmera, The Everly, Putrajaya, petang tadi.


Selain itu turut diumumkan Barisan Jawatankuasa Pusat (JKP) bagi penggal baharu selama empat tahun bermula Mac.


Haji Aminuddin mula dilantik sebagai Presiden Isma pada 16 September 2018, bagi menggantikan Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang dipilih sebagai Amir.


Perubahan struktur juga dilaksanakan, apabila Isma buat pertama kalinya melantik wanita sebagai Naib Presiden, sekali gus memilih Ustazah Dr Norsaleha Mohd Salleh menjawat jawatan itu.


Dr Norsaleha sebelum ini memegang posisi Ketua Wanita Isma, kini diganti oleh Ustazah Suriani Sudi.


Mantan Setiausaha Agung yang juga JKP baru dilantik, Dr Ahmad Kamsani Samingan berkata, posisi baharu ini akan terus mengemudi Isma sehingga tahun 2023.

“Pindaan Perlembagan menetapkan penggal JKP yang bakal dipilih pada bulan Mac 2019 adalah selama empat tahun, berbanding sebelum ini hanya dua tahun. Bagaimanapun Mesyuarat Agung Isma akan tetap diadakan setiap dua tahun,” katanya.


Berikut adalah senarai Jawatankuasa Pusat ISMA sesi 2019/2023


1. Tuan Haji Aminuddin Bin Yahaya (Presiden)
2. Ustaz Hj. Muhammad Fauzi Bin Asmuni (Timbalan Presiden)
3. Prof Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin (Naib Presiden)
4. Ustazah Dr. Norsaleha Binti Mohd Salleh (Naib Presiden)
5. Dr. Hj Ahmad Kamsani Bin Samingan
6. Ustaz Hj. Mohamad Bin Ismail
7. Ustaz Mohd Rusdi Bin Alias (Naib Presiden)
8. Ir. Hj. Muhammad Lukman Al-Hakim Bin Muhammad
9. Ustaz Hj. Omar Bin Kassim
10. Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Bin Selamat
11. Datin Hjh. Nor Hasimah Binti Ibrahim
12. Hj. Mohamad Nor Sazelim Bin Mohamad
13. Ustazah Suriani Binti Sudi (Ketua Wanita)


The post Haji Aminuddin kekal Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop