Expired : 18.06.18

Halau polis, Starbucks mohon maaf

Starbucks memohon maaf di atas tindakan pekerja sebuah kedainya di Tempe, Arizona selepas meminta anggota polis meninggalkan premis itu. — Foto Reuters
Starbucks memohon maaf di atas tindakan pekerja sebuah kedainya di Tempe, Arizona selepas meminta anggota polis meninggalkan premis itu. — Foto Reuters

ARIZONA, 8 Julai — Starbucks Corp memohon maaf selepas seorang pekerja di sebuah kedainya di Tempe meminta enam anggota polis meninggalkan premis itu.

Agensi berita Reuters melaporkan anggota polis berkenaan diminta berbuat demikian selepas beberapa pelanggan mengadu rasa tidak selesa dengan keberadaan mereka.


Insiden yang kemudian tular di media sosial itu lantas mendapat kritikan ramai selain mengecam tindakan pekerja terbabit.


Sementara itu, Starbucks dalam satu kenyataan memohon maaf di atas tindakan pekerjanya sambil mengakui ia perbuatan yang tidak boleh diterima.


Starbucks sebelum ini pernah berdepan satu insiden perkauman membabitkan penahanan dua lelaki kulit hitam di sebuah premisnya di Philadelphia.


Syarikat itu kemudian menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dan terpaksa menutup 8,000 premisnya di Amerika Syarikat buat sementara waktu bagi menjalani latihan anti perkauman.


Norlida Ishak Shop