Expired : 18.06.18

Hamas tahan lima lelaki serang stesen TV


GAZA, 29 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza menahan lima lelaki yang disyaki menceroboh pejabat stesen televisyen pihak berkuasa Palestin (PA), kata sumber Hamas.


Hamas, dalam satu kenyataan semalam berkata, semua suspek adalah bekas pekerja PA yang gaji mereka digantung baru-baru ini.


PA mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh Hamas, tetapi tidak memberi sebarang ulasan mengenai penangkapan itu.


Terdahulu, agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan bahawa lima lelaki bersenjata memasuki pejabat Perbadanan Penyiaran Palestin (PBC) di Gaza pada Jumaat lalu.


Ketika pencerobohan, pekerja di pejabat diserang dan beberapa peralatan dimusnahkan.


“Sekurang-kurangnya lima orang memecah masuk bangunan itu, merosakkan studio utama, termasuk kamera, peralatan, perabot dan peralatan penyiaran,” kata pekerja stesen radio.


PBC dibiayai oleh PA dan berkongsi sebuah bangunan dengan beberapa saluran media termasuk Palestin TV dan stesen radio Voice of Palestine.


Hamas menguasai Semenanjung Gaza daripada PA pada tahun 2007, satu tahun selepas memenangi pilihan raya Parlimen. – Agensi


The post Hamas tahan lima lelaki serang stesen TV appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop