Expired : 18.06.18

Hana Azraa Mengaku Sudah Jemu Dan Muak, Bakal Bercerai Dengan PU Abu

Konflik rumah tangga Pencetus Ummah Abu, sekali lagi menjadi bualan ramai selepas isterinya, Hana Azraa mendedahkan pendakwah bebas itu curang lagi dan turut mendedahkan foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandal terbaru suaminya. Bagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia adalah spekulasi semata-mata.


hana azraa pu abu bercerai


Terbaru, Hana memberitahu dia dan suami sudah sepakat untuk membawa haluan masing-masing dan mereka dalam proses bercerai kerana tidak ada lagi persefahaman.


Jodoh tak lama


hana azraa pu abu cerai


 


Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.


Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman.


Sudah jemu dan muak


pu abu hana azraa


 


Tambah Hana lagi, isu rumah tangganya itu bukan lagi satu perkara baharu dan mengakui sudah mulai jemu dan muak dengan keadaan tersebut.


Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.


Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la.


Kifarah?


hana azraa pu abu bercerai


Sudah lali dengan kecaman netizen, Hana berkata dia tidak terkesan dengan segala kata-kata penghinaan terhadap dirinya dan dengan dakwaan kifarah buatnya.


Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain).


Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap.


Hana baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu. Bayi dilahirkan dengan berat 3.12 kilogram itu adalah anak pertamanya dengan PU Abu.


Sumber Berita : Harian Metro