v Hanis Zalikha Sebak Dengar Yusuf Iskandar Minta Nak Belajar Berwuduk
Expired : 18.06.18

Hanis Zalikha Sebak Dengar Yusuf Iskandar Minta Nak Belajar Berwuduk

Anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara selebriti cilik yang sentiasa menjadi perhatian ramai khususnya pengikut di laman Instagram.

hanis zalikha sebak yusuf nak belajar ambil wudhuk

Hal ini kerana, telatah dua beradik ini sentiasa menambat hati pengikut kerana pandai mengikut teladan ibu bapanya. Bahkan, setiap posting yang dimuat naik di laman Instagram mereka pasti mendapat lebih ratusan ribu tanda suka daripada peminat.

Biar pun begitu, kecoh di media sosial apabila perkongsian Hanis menjadi perhatian ramai ekoran tindakan anak sulungnya, Yusuf meminta untuk belajar cara berwuduk.

hanis zalikha sebak yusuf nak belajar ambil wudhuk

Gelagat Yusuf yang baru sahaja berusia 4 tahun itu datang ke bapanya untuk bertanyakan sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk itu mendapat pujian daripada pengikut di platform tersebut.

Pertanyaan anaknya itu sekali gus membuatkan Hanis berasa sebak seketika ketika dia di dalam bilik mendengar permintaan tersebut.