Expired : 18.06.18

Hantu Kak Limah Kutip RM1.8 Juta Hari Pertama Tayangan


BARU semalam menyerang seluruh pawagam Malaysia dan Brunei, filem Hantu Kak Limah (HKL) melakar dua rekod tersendiri.


Yang pertama, HKL menjadi filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,000 ribu di hari pembukaan sneak preview pada 8 Ogos.


Dan kedua, mengukir kejayaan berganda apabila kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ditayangkan kepada umum semalam (9 Ogos).


Kutipan tersebut sekaligus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.


Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.


Manakala, di Singapura bermula hujung minggu ini. FilemĀ  francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.


The post Hantu Kak Limah Kutip RM1.8 Juta Hari Pertama Tayangan appeared first on Mangga Media.


Norlida Ishak Shop