Expired : 18.06.18

Hanya 10 Peratus Pelakon Berbakat, Lain Hanya ‘Pasu Bunga’ Sekadar Hiasan Di TV – Erma Fatima

Isu mengenai pelakon di Malaysia yang kini hanya bergantung kepada rupa dan jumlah pengikut di media sosial sahaja tetapi tiada bakat sangat hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi selepas penerbit Datuk A. Aida meminta bakat baru jangan membuang masa menghadiri sesi uji bakat (DFKL) sekiranya mereka tidak mempunyai paras rupa yang cantik dan kacak.



Terbaru, pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima yang sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang seni memberikan komen mengenai pelakon-pelakon di Malaysia kini.


Erma mengakui hanya 10 peratus sahaja pelakon yang betul-betul berbakat dan mempunyai potensi dan selebihnya hanya ‘pasu bunga’ sekadar menjadi hiasan di kaca televisyen.



Malah, ada segelintir mengelar diri mereka sebagai pelakon hanya merosakkan lagi industri dengan gosip negatif dan kontroversi.


Bagi saya, hanya 10 peratus sahaja pelakon di Malaysia yang betul-betul mempunyai bakat dan berpotensi untuk berjaya dalam industri lakonan. Yang lain itu, hanya menjadi ‘pasu bunga’ sekadar jadi hiasan skrin televisyen dan kadang-kadang ‘menyemak’ serta merosakkan industri dengan gosip.



Sebenarnya bila ada bakat dan kemudian diasah, pelakon ini boleh pergi jauh. Kalau masuk sekadar jadi lalang yang akan mati sendiri tanpa perlu dibunuh, buat apa.


Ada yang setuju dengan pendapat Erma?


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop