Expired : 18.06.18

Hanya Dengan Tiga Bahan Mudah, Menu Ini Buat Korang Tidak Akan Lapar Sehingga 19 Jam

Tiba bulan Ramadan pasti ramai yang berkongsi menu-menu lazat untuk berbuka puasa dan tak kurang juga ada yang turut memberikan idea untuk menyediakan santapan yang membuatkan kita kekal bertenaga sepanjang hari.


Buah kurma sudah tidak asing lagi bagi umat Islam di seluruh dunia, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Amalan berbuka puasa dimulakan dengan memakan kurma oleh Rasulullah SAW sudah jelas menunjukkan bahawa buah tersebut punya banyak khasiatnya.


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma segar, Baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada, Baginda mengambil beberapa cedok air (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).


Ini bermaksud disunatkan untuk berbuka dengan buah kurma dan sekiranya tidak ada kurma, korang boleh berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).


Kurma sebagai menu sahur


Selain daripada menjadi sunnah berbuka dengan kurma, khasiat buah ini juga mampu memberikan tenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Resipi minuman kurma yang dikongsi oleh dapurnanaruzanna ini difahamkan boleh membuatkan korang kekal bertenaga sehingga 19 jam.


Tak caya? Apa kata korang cuba sendiri resipi ini untuk menu sahur esok.


Bahan-bahannya cukup ringkas. Korang hanya memerlukan tiga bahan sahaja iaitu kurma sebanyak lima biji, air masak setengah cawan dan susu segar satu cawan. Bilangan kurma tidak kisah nak letak sebanyak mana tetapi digalakkan dalam bilangan yang ganjil untuk mengikut sunnah.


Kurma tersebut dibuang biji dan isinya dicarik dan rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan sehingga kembang. Biasanya akan direndam dalam jam 7pm dan minum pada waktu sahur.


Bila kurma sudah kembang, kisar kurma tersebut dengan secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak barulah korang minum.


Jangan lupa baca selawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah perut akan kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.


Selamat mencuba!


Sumber


Minum Benda Ini, Anda Tidak Akan Lapar Sehingga 19 Jam!


Resepi ini diambil dari seorang perempuan mengandung yang berkongsi amalan dia dapat berpuasa. Sama-sama kita cuba. Inshaallah. Bagus ni mana tahu boleh diet. Hehe.


Dia mendakwa dengan minum air tersebut, dia boleh bertahan puasa sampai 19 jam. Pada waktu tersebut dia tengah mengandung. Hebat kan? Jom cuba!




SUMBER: Bibirbergetar


Kongsikan Artikel Ini !!


Norlida Ishak Shop