Expired : 18.06.18

Hanya Satu Hari, Akim Ahmad Cipta Lagu Inspirasi Dari Seorang Wanita Hebat




Syafiqah Jalal



Hiburan


Hanya Satu Hari, Akim Ahmad Cipta Lagu Inspirasi Dari Seorang Wanita Hebat
Penyanyi Akim Ahmad akui hanya mengambil masa satu hari untuk mencipta lagu bagi runut bunyi (OST) filem Bulan & Pria Terhebat berjudul Roulette.

Akim yang juga vokalis Akim & The Majistret berkata , lagu tersebut mengambil inspirasi daripada filem itu sendiri yang mengangkat dan mempertahankan kehebatan  wanita.

“Akim & The Majistret bersetuju untuk terlibat menyanyikan lagu OST filem ini kerana tertarik dengan konsep serta genre aksi komedi filem tersebut.

“Saya ambil masa satu hari sahaja untuk mencipta lagu ini. Itu pun selepas mendapat inspirasi dari filem itu sendiri iaitu seorang wanita yang cekal dan hebat cuba untuk menyelamatkan adiknya sendiri yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Lagu serta muzik video Roulette telah dilancarkan secara serentak dengan pelancaran filem Bulan & Pria Terhebat minggu lalu.

Mengulas mengenai cabaran menghasilkan lagu tersebut, Akim memberitahu ia sukar apabila mahu membayangkan perjalanan watak Bulan (Zahirah Macwilson) dan Pria (Zizan Razak) di dalam filem tersebut.

“Cabarannya adalah apabila hendak menyesuaikan lagu dan lirik itu sesuai dengan filem serta genre aksi komedi itu sendiri.

“Walau bagaimanapun, ia sesuatu kepelbagaian muzik yang berbeza buat Akim & The Majistret,” katanya lagi.

Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Maya Karin, Khir Rahman, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Secara ringkas fielm araha Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.