Expired : 18.06.18

Hanya tinggal tengkorak: Polis


LANGKAWI, 29 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Polis hanya menemui tengkorak dan sedikit cebisan rambut Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya Ahad lepas.


Tengkorak dan cebisan mayat kanak-kanak yang dipercayai dibunuh itu ditemui semalam dalam sebuah gaung di Gunung Raya di sini, di lokasi yang terletak kira-kira sembilan meter dari jalan raya,


Seorang suspek lelaki berusia 37 tahun yang ditahan berkaitan kes kehilangan kanak-kanak perempuan itu telah membawa polis ke lokasi di mana mayatnya dikatakan dibuang.


“Tiada bahagian anggota lain ditemukan berkemungkinan dimakan atau dibawa lari binatang buas, atau dipercayai telah mereput. Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia sejak 16 Februari lalu.


“Mayat lengkap memang tak ada dah, cuma tinggal bahagian kepala sahaja,” kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim kepada pemberita di lokasi cebisan mayat itu ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, menurut pasangan suspek yang ditahan itu, kanak-kanak itu telah mengalami sawan ketika berada di rumah mereka di sini sebelum berlaku sedikit pertengkaran antara mereka dalam tempoh itu.


“Pasangan itu memberitahu bahawa ketika pertengkaran, suspek lelaki itu bertindak luar jangka. Dalam situasi nak pujuk kanak-kanak itu, dia telah tepuk beberapa kali kanak-kanak itu dan seterusnya (kanak-kanak itu) tidak sedarkan diri.


“Suspek lelaki seterusnya membawa mayat kanak-kanak itu ke kaki Gunung Raya ini untuk dibuang. Suspek memberitahu dia memasukkan mayat kanak-kanak itu di dalam sebuah beg kemudian dibawa menggunakan kereta ke lokasi ini sebelum dikeluarkan dan diletakkan di dalam gaung kira-kira sembilan meter (kira-kira 32 kaki) dari kedudukan jalan raya,” katanya.


Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dilaporkan hilang sejak 16 Februari lalu ditemui di dalam gaung di Gunung Raya, semalam.

Beliau berkata, cebisan mayat itu ditemui pada kedudukan berbeza daripada yang dikatakan lelaki itu.


Mohd Iqbal berkata, beg yang digunakan untuk mengisi mayat kanak-kanak itu dipercayai telah dibuang di lokasi lain dan polis akan menyiasat lokasi tempat beg itu dikatakan dibuang.


Beliau berkata, ibu kanak-kanak itu, seorang warganegara Indonesia, akan dipanggil untuk menjalani ujian DNA.


Sementara itu, polis membawa suspek lelaki berusia 37 tahun itu ke rumahnya di sini pada kira-kira 1.45 tengah hari untuk siasatan lanjut, manakala isterinya dibawa ke lokasi sama kurang 10 minit kemudian. Mereka berada di rumah itu lebih dua jam.


Nur Aisyah Aleya dilaporkan hilang Ahad lepas ketika di bawah jagaan pasangan terbabit setelah ibu kanak-kanak itu, Rosmaliah Samo, mendapati anaknya tiada di rumah pasangan terbabit.


Wanita itu yang ke rumah mereka untuk mencari anaknya minggu lepas diberitahu oleh seorang daripada suspek bahawa kanak-kanak itu telah diserahkan kepada pihak ketika untuk dijaga.


Berikutan itu, polis melancarkan gerakan memburu pasangan berusia 37


dan 40 tahun itu dan mereka ditahan di Ampang, Kuala Lumpur petang kelmarin sebelum dibawa ke Langkawi pagi ini untuk siasatan. – Bernama


‘Acik… Aleya dah mati’ cetus persoalan ibu mangsa bunuh


The post Hanya tinggal tengkorak: Polis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop