Expired : 18.06.18

Hari Terbuka PASTI Putatan meriah

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail

9 Oktober 2019


PUTATAN : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Putatan telah mengadakan Hari Pendaftaran Pelajar bagi tahun 2020 bertempat di Masjid Daerah Putatan pada 6 Oktober 2019.



Sebanyak 5 buah PASTI membuka kaunter pendaftaran semasa hari terbuka tersebut iaitu PASTI As-syakirin Kepayan, Al-Hijrah Taman Ceriamas, Al-Hikmah Sembulan, Ar- Raihan Petagas, Al- Fathonah Pasir Putih dan satu PASTI Ketiau yang bakal dibuka telah mendapat sambutan daripada ibu bapa dan para jemaah masjid.




Pendaftaran ini diadakan selepas zohor dan berakhir sekitar jam 4:30 petang telah dihadiri lebih dari 200 orang ibu bapa dan juga kanak-kanak.



Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang hari pendaftaran berlangsung seperti bacaan surah-surah lazim, nasyid, pemeriksaan kesihatan percuma, gusti lengan, pre-loved, gerai jualan dan banyak lagi.




Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan , Ustaz Akmal Othman dan Pengerusi PASTI Kawasan Putatan Yusrizal Anuar.



Pelajar PASTI ini penerus generasi ummah yang perlu dididik mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah yang dituntut oleh Islam. Tahniah kepada ibu bapa yang mendaftar anak ke PASTI, moga pilihan ini menjadi saham akhirat kepada ibu bapa seiring dengan visi “PASTI Melahirkan Anak Generasi Soleh Pintar”. kata Yusrizal Anuar.




The post Hari Terbuka PASTI Putatan meriah appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop