Expired : 18.06.18

Hatrik Jesus memastikan kemenangan City

PENYERANG Manchester City, Gabriel Jesus meledak hatrik menakjubkan ketika pasukan itu bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan penyandang juara Croatia, Dinamo Zagreb 4-1 di gelanggang lawan dalam pertembungan menarik Kumpulan C Liga Juara-Juara pagi ini.


City yang sudahpun memastikan kedudukan di tempat teratas kumpulan, menamatkan saingan dengan 14 mata daripada enam perlawanan, tujuh mengatasi Atalanta yang menyertai mereka dalam 16 terakhir selepas kemenangan 3-0 di Shakhtar Donetsk.


Di tempat ketiga Shakhtar, yang memungut enam mata, akan meneruskan saingan dalam kelompok 32 pasukan terakhir Liga Europa sementara Dinamo (lima mata) tersingkir daripada kejohanan Eropah.


Pengurus City, Pep Guardiola, yang membariskan pasukan terkuat sekali pun sebagai pelengkap jadual bagi juara Inggeris itu, mampu berbangga dengan pencapaian menghasilkan 501


gol dalam 199 perlawanan di bawah kendaliannya dalam semua kejohanan.


“Pada separuh masa pertama kami agak bergelut tetapi kami beraksi 75 minit sangat, sangat bagus keseluruhan, jadi ia keputusan yang bagus.” katanya kepada BT Sport.


“Kami sememangnya layak tetapi kami kembali semula untuk kelab, demi prestij, untuk belajar seterusnya bermain dalam kejohanan ini.


Norlida Ishak Shop