Expired : 18.06.18

Hawa Rizwana Akui Zizan Razak Sering Temaninya Lakukan Aktiviti Riadah

Mengakui pelawak dan pelakon Zizan Razak merupakan kawan lelaki dalam industri yang sering menemaninya beriadah, personaliti televisyen, Hawa Rizwana dedah hubungannya bersama Zizan hanyalah sekadar kenalan rapat.


hawa rizwana hanya berkawan dengan zizan


Jelasnya, hubungan persahabatan dengan Zizan menjadi lebih erat semenjak beliau melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama.





Advertisement





Menurut Hawa, sebelum ini meraka hanya sekadar bertemu secara kebetulan atau acara bersama sahaja namun kini acap kali berjumpa kerana mereka berada dalam kelompok kumpulan berbasikal yang sama.


hawa rizwana hanya berkawan dengan zizan


“Kebetulan pula instruktor kami pun kayuh sekali jadi ia secara tidak langsung menggabungkan macam-macam pasukan berbasikal serentak, semua dah macam keluarga besar.”


Kedua-dua figura ini dikhabarkan asyik dilihat bersama terutama sekali ketika hujung minggu melakukan aktiviti berbasikal.





Zizan yang sebelum ini pernah berkali-kali melalui episod putus cinta dkatakan kerap berbalas komen bersama Hawa di laman Instagram.


Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan salah faham dan fitnah orang ramai, Hawa menegaskan dirinya masih tidak berpunya malah belum terfikir lagi untuk mencari pasangan hidup.


Advertisement





hawa rizwana hanya berkawan dengan zizan


“Saya baru berusia 25 tahun dan perjalanan karier saya masih jauh. Jadi fokus saya untuk keluarga terlebih dahulu sampai betul-betul stabil.”


Sekadar informasi, Zizan sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tempatan seperti Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah. Namun, hubungan yang terjalin bagai tidak kesampaian apabila kesemua barisan selebriti tersebut telah disambar orang.


Sumber: Gempak